bismillah.
Malam yang menyejukkan ni tiba-tiba berubah menjadi hangat. Dia menjadi alert. Hitungan nafasnya menjadi laju, mungkin kerana hormon dalam tubuh yang dirembeskan akibat enthusiasme yang wujud sebaik dia terbaca berita baru-baru ni. Berita yang dibaca, membuatkan dia mengungkit semula memori yang tersemat dalam sudut akal nya.
Kemenangan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia walaupun berita tu berlaku jauh di sana, di tanah air sendiri, dan ditambah lagi dengan suasana Liga Permai di kawasan sekitar tempat tinggalnya di sini - betul-betul memberi kesan pada dia.
*******************************
Dulu, dia pernah memenuhi jemputan suka - suka untuk bermain bola, dan tanpa disangka - sangka..tersembul juga bakat tersorok nya. Diam - diam saja. Sebelum ni, dia tak pernah pun nak cakna berita-berita bola. Selebriti bola-nama Ballack, Ronaldinho, David Beckham, Berbatov dan lain-lain.. tak banyak yang dia tahu. Entah mana dia dapatkan skil menendang, dia sendiri pun tertanya-tanya. Mungkin suasana membesar yang dia rasai bersama-sama adik beradik lelaki nya sangat membantu.
Di tempat belajar nya dulu, pernah ada satu jemputan perlawanan futsal yang sangat menarik dia untuk kembali beraksi. Dah lama rasanya dia tinggalkan dunia sepak-menyepak bola, dan kali ni, dia cuba beradu nasib nak tunjuk hebat di gelanggang. Dia sanggup tinggalkan team netball yang sepatutnya dia jadi Goal Defender, kepada striker pasukan futsal barunya. Dipendekkan cerita, first match lagi kumpulan dia dah dikalahkan dengan 1 jaringan oleh pihak lawan.
Pertarungan masa tu sengit, dan sangat menarik hati.
Mungkin sebab jarang wanita bermain futsal secara terbuka, habis semua laki dan perempuan datang saksikan. Oh. lupa nak dinyatakan. Dia tu perempuan. Masa perlawanan tu pun, cuma dia seorang yang bertudung litup, menendang bola. Mungkin tu menjadi tarikan? Semacam pelik pulak~ Dia rasa kekalahan yang dia terima masa tu, memberi pengajaran untuk dia yang, memang bidang sepak-menyepak ni bukan untuk kaum sejenis dia. Tenaga dalam diri yang Allah kurniakan tu, bukan untuk disalurkan kepada sebiji bola yang bergolek-golek ke sana ke sini di atas padang.
Mungkin Tuhan nak tunjuk.
*********************************
Tersengih-sengih sendiri di sudut bilik. Macam kerang busuk gamaknya. Bukan apa, terasa menggeletek hati bila mengenangkan betapa 'tomboyish' nya dia satu masa dulu. Terfikir-fikir lagi macamana ibunya ajarkan dia untuk menjadi perempuan. Nak beli kasut, perlu begini. Nak beli baju, mesti sekian..sekian. Bukan sembarangan, hanya kerana bimbangkan dia terikut-ikut gaya hidup lelaki yang dibawa oleh adik beradik dia. Pada ibu, kalau dah perempuan tu, perempuan lah jugak. Walau macamana memberontak sekali pun, ibu akan buat tak tahu saje, dan yakin satu hari nanti anak ibu akan faham kenapa.
Tapi dia bukan tak tahu semua saranan ibunya tu, betul. Cuma EGO setinggi pokok pisang depan rumah - telah membantutkan dia untuk menjalani proses tarbiah dari ibunya sendiri. Ye lah, mana ada kawan-kawan dia yang begini - kerap pakai kain, pandai masak, beli kasut perempuan, warna barang semuanya pinky, pandai jahit, duduk bersimpuh, dan macam-macam lagi skil gaya hidup seorang wanita. Malu lah kalau dia seorang ada sepit rambut kaler-kaler merah jambu, pakai kain batik, cakap lemah lembut. Tak macho lah dengan kawan seasrama.
Sekarang dia berharap segalanya benar-benar berubah, dirinya dalam dan luar. Dia makin 'unuthah'.
Nilai-nilai Islam yang mengajarkannya.
[Unuthah] الأنوثة, sifat keperempuanan. Pendidikan special for ladies, yang nampak kecil, tapi tersangatlah crucial dalam Islam untuk proses tumbesaran seorang budak perempuan menjadi seorang wanita. Mungkin kaum Hawa punya kurang dari beberapa sudut, tapi dengan pendidikan yang kena pada tempatnya, wanita akan menjadi tulang belakang masyarakat. Yang penting, betul sumber pendidikan nya.
Sembah sujud dia untuk Allah kerana memberi peluang pada dia untuk merasai nikmat terbesar, Islam dan iman.
p/s ; boleh teruskan pembacaan yang menarik tentang fakta-fakta Rasulullah s.a.w memuliakan anak perempuan di sini. Nak lebih lagi, klik ini.
angkat bendera kita
hasil daripada
miss nabilah
on Oct 27, 2009
/
Comments: (4)
bismillah.
1- Pernah tak kita rasa semacam annoyed bila orang tunjuk baik?
Rasa macam.. apa yang dia buat tu, saje dengan niat nak menunjuk2. Tak ikhlas pun. Ingat dia seorang yang baik. Cerita2 belakang siapa tahu.
*************************************************
Hidup, benarlah macam yang pernah dianalogikan - macam roda. Atau, mungkin analogi ini masuk akal kalau nak bercerita bab iman. Kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Ada sekali sekala, tak di atas dan tak juga di bawah.
Saya masih tak lupa masa duduk2 dalam kelas, seorang cikgu masa sekolah menengah dulu yang mengajarkan kami subjek agama, berulang2 kali mengingatkan .. "allah dah sediakan kita untuk berada pada peringkat mana yang kita sukai. Kita ada pilihan. Nak jadi macam malaikat, yang imannya tak naik tak turun. nak jadi macam nabi, yang imannya sentiasa naik. Atau nak jadi macam syaitan, yang imannya turun, tak naik-naik." Faham lah saya sebenarnya, kita yang menentukan tahap mana keimanan kita. Setakat mana kita mahu percaya.
Iman - Amal
Slogan sekolah rendah dulu2, "ilmu diamal, iman ditingkat" . Patut tambah lagi satu.. ''..amal diatur'' . opps~
'apa2 lah diorang ni. kalau ye pun baik..takyah la nak cakap2..takyah la nak tunjuk2'
1- Pernah tak kita rasa semacam annoyed bila orang tunjuk baik?
Rasa macam.. apa yang dia buat tu, saje dengan niat nak menunjuk2. Tak ikhlas pun. Ingat dia seorang yang baik. Cerita2 belakang siapa tahu.
*************************************************
Hidup, benarlah macam yang pernah dianalogikan - macam roda. Atau, mungkin analogi ini masuk akal kalau nak bercerita bab iman. Kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Ada sekali sekala, tak di atas dan tak juga di bawah.
ini namanya lampu pelita.
olympus 10 MP Tough
Saya masih tak lupa masa duduk2 dalam kelas, seorang cikgu masa sekolah menengah dulu yang mengajarkan kami subjek agama, berulang2 kali mengingatkan .. "allah dah sediakan kita untuk berada pada peringkat mana yang kita sukai. Kita ada pilihan. Nak jadi macam malaikat, yang imannya tak naik tak turun. nak jadi macam nabi, yang imannya sentiasa naik. Atau nak jadi macam syaitan, yang imannya turun, tak naik-naik." Faham lah saya sebenarnya, kita yang menentukan tahap mana keimanan kita. Setakat mana kita mahu percaya.
Iman - Amal
Slogan sekolah rendah dulu2, "ilmu diamal, iman ditingkat" . Patut tambah lagi satu.. ''..amal diatur'' . opps~
'apa2 lah diorang ni. kalau ye pun baik..takyah la nak cakap2..takyah la nak tunjuk2'
Pada saat kita rasa lemah a.k.a futur, selalunya perasaan macam yang dah disebutkan di atas mungkin hadir dalam hati kecil kita. Tapi kita tak pula rasa nak join buat baik atau sewaktu dengannya. Alasannya, tak nak menunjuk2.
hasil Olympus 10MP Tough
2- Marcapada ini kita selalu mengeluh bila setiap kali kita membuka helaian suratkhabar atau pun menekan2 keypad dan mouse untuk mencari info berkaitan sosial masyarakat kita. Kita rasa teruk, seolah2 nasib masyarakat kita dah tak boleh dibaiki, seolah2 tiada siapa yang boleh datang membantu. Kita mula mencari2 faktor2 penyumbang, keluarkan jari telunjuk dan appoint mana2 pihak yang dirasakan tak menjalankan tugas - yang akhirnya bawa kepada masalah2 hari ini. Kita menunggu2 kalau2 datang superhero. Kalau kita berterus2an macam ini, apa yang kita bayangkan untuk masa depan?
*************************************************
ارفع للخير الراية
maknanya ; "mengangkat bendera kebaikan"
Ini pun satu perkara yang melekat dalam kepala saya tatkala murabbi saya pernah satu masa mengajarkan.
Saya rasa, di sini lah peranan dimainkan oleh orang2 yang mahu terus melihat kebaikan bertakhta di dunia.
Maksud saya, kata2 mereka yang tak nampak rock gile tu, penampilan mereka yang menjaga batas aurat tapi dikatakan outdated tu, sikap mereka yang orang kata poyo tu.. semua tu adalah bertujuan untuk mengangkat bendera kebaikan. Bayangkan kalau tak wujud golongan ini dalam masyarakat kita, macamana?
Rasanya tak perlu saya sempitkan definisi kebaikan, bahkan apa2 sahaja yang baik menurut Islam, itu lah yang baik pada saya. Ala2 hadith nabi s.a.w, maksudnya ;
"barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka akan diberikan kefaqihan kepadanya dalam agama"
Kebaikan perlu terus dicanang di muka bumi ini
supaya wujud keseimbangan terma antara yang baik dan yang buruk. Contoh; dalam Yu-Tiub, sesiapa pun boleh akses video2 yang tak sepatutnya, yang diwar2kan oleh kuffar. Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan, mesti wujud inisiatif lain yang datang dari orang2 yang memahami Islam untuk disajikan kepada hati2 yang bukan saje nakkan kebaikan, tapi juga mahukan Islam secara total. Atau contoh lain, instead of saya baca blog2 yang jadi seakan2 diari orang dari serata dunia, dalam tempoh terdekat saja saya nampak banyak sangat blog2 yang nak share ilmu Islam yang mereka ada dengan semua internet surfers, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kurang2, mereka cuba gak untuk sampaikan apa yang mereka faham, dengan cara tersendiri. Kurang2, siapa yang baca akan dapat juga faedah walau pun sikit.
sunset di bumi Irbid, Jordan.
hasil Olympus 10MP Tough
Ketonjolan peribadi yang berani membawa kebaikan ini sesungguhnya akan memberi manfaat dan menambahkan keyakinan kepada sebahagian manusia yang belum berani menzahirkan kebaikan yang ada dalam diri mereka.
Ini bukan masalah riya' atau sewaktu dengannya. Siapa yang beramal untuk dilihat manusia, itu syirik tersembunyi. siapa yang tidak mahu beramal kerana manusia, itu menunjuk2.
just show them up who you are.
semoga Allah bukakan untuk kita pintu hikmah dan ilmu Nya~
cuma di bahagian bumi yang lain.
hasil daripada
miss nabilah
on Sep 23, 2009
/
Comments: (3)
bismillah.
كل عام وانتم بخير !
alhamdulillah. dah lebih seminggu berada di bumi anbiya, membuatkan hati sedikit kental menghadapi hari2 yang berlalu. Yang sendu, dah pergi. dan yang menanti, adalah semangat dan jidd untuk mulakan semuanya ke arah target. berdikari.
terkadang kami menilai penduduk sini dan suasananya, sambil berjalan, ke hujung ke pangkal.
ada juga rasa nak menyalahkan, ada juga rasa kesalan. debu. sampah. shisha [argelah]. ragut. gangguan. bunyi hon. agak2, kalau diteruskan aktiviti menyenarai, entah bila kan habis.
tapi, menyesal ke?
kalau tak teringat apa tujuan asal, memanglah menyesal.
kalau tak mengenang niat murni dalam hati, memanglah terasa rugi.
kalau tak kental berjauhan dengan keluarga yang dirindui, dah lama rasa nak cabut lari.
harap2 tak.
kerana semua sesalan dah terubat dengan keinginan untuk mempelajari sesuatu yang baru. dengan tu, semua kesusahan akan bertukar menjadi sesuatu yang dilihat menyeronokkan. dengan tu, semua yang manis akan terus tertulis dan setiap saat berada jauh di negara orang akan dikira sebagai pahala jihad ta'lim, dengan izin-Nya.
it's a new fresh start.
dan sebetulnya saya bersyukur ada di sini.
tak ada kekuatan selain kekuatan yang disandarkan pada kekuatan yang hakiki. dari Rabbi.
oh, ya.
berkenaan niat hati yang nak nakal2 mengutuk penduduk sini, saya berkira2..tak adil rasanya kalau asyik nak salahkan bangsa, atas kesalahan sebahagian je dari mereka. kalau negara ni kotor, bukan sebab bangsa. tapi sikap manusia yang berada dalam masyarakat tu. apa orang kata.. kalau rosak susu sebelanga kerana setitik nila, yang bersalah tu adalah nila yang mewarnakan, bukan susu putih sebelum ia bertukar warna.
lagi satu sebelum terlupa.
semester Satu kelas akademik kami mula 27hb september. sini cuti jumaat dan sabtu. tiba2 berdebar rasa. mohon doa yep?
saya nak mengembara ilmu, semua yang saya mampu.
nak mencari 'sesuatu'.
كل الناس هلك الا العالمون
وكل العالمون هلك الا العاملون
وكل العاملون هلك الا المجاهدون
وكل المجاهدون هلك الا المخلصون