skil khas

bismillah.


Malam yang menyejukkan ni tiba-tiba berubah menjadi hangat. Dia menjadi alert. Hitungan nafasnya menjadi laju, mungkin kerana hormon dalam tubuh yang dirembeskan akibat enthusiasme yang wujud sebaik dia terbaca berita baru-baru ni. Berita yang dibaca, membuatkan dia mengungkit semula memori yang tersemat dalam sudut akal nya. 


Kemenangan Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia walaupun berita tu berlaku jauh di sana, di tanah air sendiri, dan ditambah lagi dengan suasana Liga Permai di kawasan sekitar tempat tinggalnya di sini - betul-betul memberi kesan pada dia.


*******************************


Dulu, dia pernah memenuhi jemputan suka - suka untuk bermain bola, dan tanpa disangka - sangka..tersembul juga bakat tersorok nya. Diam - diam saja. Sebelum ni, dia tak pernah pun nak cakna berita-berita bola. Selebriti bola-nama Ballack, Ronaldinho, David Beckham, Berbatov dan lain-lain.. tak banyak yang dia tahu. Entah mana dia dapatkan skil menendang, dia sendiri pun tertanya-tanya. Mungkin suasana membesar yang dia rasai bersama-sama adik beradik lelaki nya sangat membantu.


Di tempat belajar nya dulu, pernah ada satu jemputan perlawanan futsal yang sangat menarik dia untuk kembali beraksi. Dah lama rasanya dia tinggalkan dunia sepak-menyepak bola, dan kali ni, dia cuba beradu nasib nak tunjuk hebat di gelanggang. Dia sanggup tinggalkan team netball yang sepatutnya dia jadi Goal Defender, kepada striker pasukan futsal barunya. Dipendekkan cerita, first match lagi kumpulan dia dah dikalahkan dengan 1 jaringan oleh pihak lawan.


Pertarungan masa tu sengit, dan sangat menarik hati.


Mungkin sebab jarang wanita bermain futsal secara terbuka, habis semua laki dan perempuan datang saksikan. Oh. lupa nak dinyatakan. Dia tu perempuan. Masa perlawanan tu pun, cuma dia seorang yang bertudung litup, menendang bola. Mungkin tu menjadi tarikan? Semacam pelik pulak~ Dia rasa kekalahan yang dia terima masa tu, memberi pengajaran untuk dia yang, memang bidang sepak-menyepak ni bukan untuk kaum sejenis dia. Tenaga dalam diri yang Allah kurniakan tu, bukan untuk disalurkan kepada sebiji bola yang bergolek-golek ke sana ke sini di atas padang.
Mungkin Tuhan nak tunjuk.


*********************************


Tersengih-sengih sendiri di sudut bilik. Macam kerang busuk gamaknya. Bukan apa, terasa menggeletek hati bila mengenangkan betapa 'tomboyish' nya dia satu masa dulu. Terfikir-fikir lagi macamana ibunya ajarkan dia untuk menjadi perempuan. Nak beli kasut, perlu begini. Nak beli baju, mesti sekian..sekian. Bukan sembarangan, hanya kerana bimbangkan dia terikut-ikut gaya hidup lelaki yang dibawa oleh adik beradik dia. Pada ibu, kalau dah perempuan tu, perempuan lah jugak. Walau macamana memberontak sekali pun, ibu akan buat tak tahu saje, dan yakin satu hari nanti anak ibu akan faham kenapa.


Tapi dia bukan tak tahu semua saranan ibunya tu, betul. Cuma EGO setinggi pokok pisang depan rumah - telah membantutkan dia untuk menjalani proses tarbiah dari ibunya sendiri. Ye lah, mana ada kawan-kawan dia yang begini - kerap pakai kain, pandai masak, beli kasut perempuan, warna barang semuanya pinky, pandai jahit, duduk bersimpuh, dan macam-macam lagi skil gaya hidup seorang wanita. Malu lah kalau dia seorang ada sepit rambut kaler-kaler merah jambu, pakai kain batik, cakap lemah lembut. Tak macho lah dengan kawan seasrama. 


Sekarang dia berharap segalanya benar-benar berubah, dirinya dalam dan luar. Dia makin 'unuthah'.




Nilai-nilai Islam yang mengajarkannya.
[Unuthah] الأنوثة,  sifat keperempuanan. Pendidikan special for ladies, yang nampak kecil, tapi tersangatlah crucial dalam Islam untuk proses tumbesaran seorang budak perempuan menjadi seorang wanita. Mungkin kaum Hawa punya kurang dari beberapa sudut, tapi dengan pendidikan yang kena pada tempatnya, wanita akan menjadi tulang belakang masyarakat. Yang penting, betul sumber pendidikan nya.




Sembah sujud dia untuk Allah kerana memberi peluang pada dia untuk merasai nikmat terbesar, Islam dan iman. 






p/s ; boleh teruskan pembacaan yang menarik tentang fakta-fakta Rasulullah s.a.w memuliakan anak perempuan di sini. Nak lebih lagi, klik ini.

6 yg berani balas:

k.salwa said...

fuyoo bell~
i can't imagine how r u back then
but neway, its true
growing up with boys around u
u tend to be a lil bit tomboyish~ [eh a lil bit ker? ;p]

هدى said...

salam...
kn best klau dpt thu spe 'dia' tu..
klau pompuan yg de minat cm laki,xnmpk sgt pelik nye..
tp klau laki yg nmpk minat mcm pompuan...sangt pelik!
sory la klau sy je yg brpndapat mcm tu..
pape pn,nice article!=)

miss nabilah said...

k.salwa;
ala..k.salwa. obvious sangat ke?
*risau plak..

ululalbaab said...

puhh...
awl2 bace~ :piale malaysia?main bola n bakat tersorok?selebriti2 bola?
"cite psl org lain kot die ni.."

truskan bace~ :membesar ngan adek bradek laki??sengih kerang busuk??
"eh,bunyi mcm die je!"

hahha..
alhamdulillah cikgu rosnah menyelamatkan keadaan..

As said...

"...kerap pakai kain, pandai masak, beli kasut perempuan, warna barang semuanya pinky, pandai jahit, duduk bersimpuh,...."

ops...sangat2 lah terkena kat batang hidung sendiri..wiwiwi. Penat juga ibu mengajar menjadi perempuan :D
hehe.

papepun each of us tetap ada sifat ladies, unuthah (1st time dengar ni my dear)..fitrah Tuhan buat kita. Cuma mungkin cara kita menyalurkan dan menzahirkan itu berbeza bukan.

Tapi makin membesar makin jelas ketara nanti sikap ladies..as in your age.. (: back to fitrah kot..hehe.

btw, no worries, girls with girls kat hostel etc, kita tend to lasak sikit kan. Bila out of our that 'world', kita banyak behave to suite what islam taught us to be, a muslim woman...aite? :D
InshaAllah ^^

miss nabilah said...

k.'iffah;
cikgu rusnah memang terbaek!


k. As;
weeeee~ sama ke nasib? *segan
thanks for that nice advice~