1- Pernah tak kita rasa semacam annoyed bila orang tunjuk baik?
Rasa macam.. apa yang dia buat tu, saje dengan niat nak menunjuk2. Tak ikhlas pun. Ingat dia seorang yang baik. Cerita2 belakang siapa tahu.
*************************************************
Hidup, benarlah macam yang pernah dianalogikan - macam roda. Atau, mungkin analogi ini masuk akal kalau nak bercerita bab iman. Kadang2 di atas, kadang2 di bawah. Ada sekali sekala, tak di atas dan tak juga di bawah.
ini namanya lampu pelita.
olympus 10 MP Tough
Saya masih tak lupa masa duduk2 dalam kelas, seorang cikgu masa sekolah menengah dulu yang mengajarkan kami subjek agama, berulang2 kali mengingatkan .. "allah dah sediakan kita untuk berada pada peringkat mana yang kita sukai. Kita ada pilihan. Nak jadi macam malaikat, yang imannya tak naik tak turun. nak jadi macam nabi, yang imannya sentiasa naik. Atau nak jadi macam syaitan, yang imannya turun, tak naik-naik." Faham lah saya sebenarnya, kita yang menentukan tahap mana keimanan kita. Setakat mana kita mahu percaya.
Iman - Amal
Slogan sekolah rendah dulu2, "ilmu diamal, iman ditingkat" . Patut tambah lagi satu.. ''..amal diatur'' . opps~
'apa2 lah diorang ni. kalau ye pun baik..takyah la nak cakap2..takyah la nak tunjuk2'
Pada saat kita rasa lemah a.k.a futur, selalunya perasaan macam yang dah disebutkan di atas mungkin hadir dalam hati kecil kita. Tapi kita tak pula rasa nak join buat baik atau sewaktu dengannya. Alasannya, tak nak menunjuk2.
hasil Olympus 10MP Tough
2- Marcapada ini kita selalu mengeluh bila setiap kali kita membuka helaian suratkhabar atau pun menekan2 keypad dan mouse untuk mencari info berkaitan sosial masyarakat kita. Kita rasa teruk, seolah2 nasib masyarakat kita dah tak boleh dibaiki, seolah2 tiada siapa yang boleh datang membantu. Kita mula mencari2 faktor2 penyumbang, keluarkan jari telunjuk dan appoint mana2 pihak yang dirasakan tak menjalankan tugas - yang akhirnya bawa kepada masalah2 hari ini. Kita menunggu2 kalau2 datang superhero. Kalau kita berterus2an macam ini, apa yang kita bayangkan untuk masa depan?
*************************************************
ارفع للخير الراية
maknanya ; "mengangkat bendera kebaikan"
Ini pun satu perkara yang melekat dalam kepala saya tatkala murabbi saya pernah satu masa mengajarkan.
Saya rasa, di sini lah peranan dimainkan oleh orang2 yang mahu terus melihat kebaikan bertakhta di dunia.
Maksud saya, kata2 mereka yang tak nampak rock gile tu, penampilan mereka yang menjaga batas aurat tapi dikatakan outdated tu, sikap mereka yang orang kata poyo tu.. semua tu adalah bertujuan untuk mengangkat bendera kebaikan. Bayangkan kalau tak wujud golongan ini dalam masyarakat kita, macamana?
Rasanya tak perlu saya sempitkan definisi kebaikan, bahkan apa2 sahaja yang baik menurut Islam, itu lah yang baik pada saya. Ala2 hadith nabi s.a.w, maksudnya ;
"barangsiapa yang Allah kehendaki padanya kebaikan, maka akan diberikan kefaqihan kepadanya dalam agama"
Kebaikan perlu terus dicanang di muka bumi ini
supaya wujud keseimbangan terma antara yang baik dan yang buruk. Contoh; dalam Yu-Tiub, sesiapa pun boleh akses video2 yang tak sepatutnya, yang diwar2kan oleh kuffar. Jadi, untuk mengekalkan keseimbangan, mesti wujud inisiatif lain yang datang dari orang2 yang memahami Islam untuk disajikan kepada hati2 yang bukan saje nakkan kebaikan, tapi juga mahukan Islam secara total. Atau contoh lain, instead of saya baca blog2 yang jadi seakan2 diari orang dari serata dunia, dalam tempoh terdekat saja saya nampak banyak sangat blog2 yang nak share ilmu Islam yang mereka ada dengan semua internet surfers, tumbuh macam cendawan lepas hujan. Kurang2, mereka cuba gak untuk sampaikan apa yang mereka faham, dengan cara tersendiri. Kurang2, siapa yang baca akan dapat juga faedah walau pun sikit.
sunset di bumi Irbid, Jordan.
hasil Olympus 10MP Tough
Ketonjolan peribadi yang berani membawa kebaikan ini sesungguhnya akan memberi manfaat dan menambahkan keyakinan kepada sebahagian manusia yang belum berani menzahirkan kebaikan yang ada dalam diri mereka.
Ini bukan masalah riya' atau sewaktu dengannya. Siapa yang beramal untuk dilihat manusia, itu syirik tersembunyi. siapa yang tidak mahu beramal kerana manusia, itu menunjuk2.
just show them up who you are.
semoga Allah bukakan untuk kita pintu hikmah dan ilmu Nya~
4 yg berani balas:
pada tahun 2004,
adakah anda masih ingat pada slogan itu....slogan yang sama di gunakan
salam perjuangan dari bumi mesir :),husna
إِنَّ الَّذِينَ يَرْمُونَ الْمُحْصَنَاتِ الْغَافِلَاتِ الْمُؤْمِنَاتِ لُعِنُوا فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ وَلَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ
23 - النور
`asifah jiddan..nasitu
slogan ape ek??
husna;
slogan ape, una?
nora;
(-*,)
Post a Comment